Jom Membaca – Memoir Shamsiah Fakeh

.
salam uols….

hari ni jom kita rajin2kan diri membaca ye
sinopsis panjang berjela kekdahnya ni…
kalo bosan bleh skip mana2 part yg perlu ye…
ehehehehe

buku kali ni – kisah seorang wanita yg pernah mengegarkan Malaya
berjuang di hutan belantara tanah melayu…

Memoir Shamsiah Fakeh
Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10





riwayat penulis – dari sebelum kemerdekaan
sehingga lah beliau berhijrah ke negara Cina
dan seterusnya pulang semula ke malaysia setelah termeterainya
Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan Thailand
yang diadakan di Haadyai pada 2 disember 1989

dah lama jugak iols carik buku ni kat library
sokmo aje habis di pinjam – ramai peminat buku2 macam ni…

menarik banget buku ni…
iols mata dah nak terlelap pun sanggup tahan
sebab nak baca sampai habis

tapi tetap jugaklah tiga-empat hari jugak baru habisnya
terpaksa juga stop sekejap2 masa baca – banyak hal nak dibuatkan
lagi pun – membaca ni hobi aje – ada kelapangan baca lah
kalo masa bz tak hengat donia – memang terabai kekdahnya
hik hik hik

back to the book ya…

shamsiah fakeh di lahirkan pada tahun 1924 di Kg Gemuruh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
nama timangan che yah – ayah beliau Fakeh Sultan Sulaiman dan ibunya Saamah Nonggok
bapa sheols berasal dari sumatera – Indonesia

adik beradik seramai lapan orang dan shamsiah adalah anak yg ke 2 :
(1)    mohd nur – (2) shamsiah – (3) mohd ramli – (4) mohd nasir
(5) – rabiah – (6) darwisah – (7) nur aminah – (8) nurbaiti

sepanjang hidup beliau – beliau telah berkahwin sebanyak lima kali
perkahwinan pertama dengan Yusuf Kina
pada tahun 1941 - usia 17 tahun berakhir dengan penceraian
dengan perkahwinan ini beliau di kurniakan dua orang anak – lelaki dan perempuan
tapi malangnya – kedua2 anaknya meninggal dunia ketika masih kecil lagi

perkahwinan kedua dengan J.M. Rusdi pada tahun 1944 – usia 20 tahun
usia perkahwinan hanya bertahan selama lima bulan sahaja

setelah ini lah shamsiah fakeh mula berkenalan dengan dunia politik
pada masa itu telah wujud PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya)
dan penglibatan beliau di persetujui oleh ayahnya

mula2 terlibat dengan PKMM dan seterusnya menjadi Ketua Bahagian Wanita PKMM
yang kemudiannya di tukar nama kepada AWAS – Angkatan Wanita Sedar
bahagian pemuda pula dinamakan API (Angkatan Pemuda Insaf)

perkahwinan ketiga pula dengan Ahmad Boestamam
walopon sheols tau ahmad boestamam dah ada isteri
dan beliau menjadik isteri ke dua
walaubagaimanapun – hubungan antara shamsiah dan madunya amat baik sekali
tapi sayang - ikatan perkahwinan ni terlerai juga akhirnya

bab ni iols ambik sedikit dari internet ye…

perkahwinannya dengan boestamam terganggu dengan
penahanan boestamam oleh kerajaan penjajah british pada april 1947.
dalam hal ini shamsiah menyatakan betapa boestamam
telah diheret ke mahkamah atas pertuduhan menghasut melalui karya panas beliau
“Testamen API” yang telah diharamkan oleh pihak penjajah.
boestamam telah didapati bersalah dan kemudiannya didenda seribu dua ratus ringgit
ataupun 9 bulan penjara. boestamam telah membayar denda tersebut
dan kemudiannya telah dibebaskan.

isu nya bermula disini – pada shamsiah, seorang nasionalis akan lebih rela merengkok
di dalam penjara. namun bagi ahmad boestamam,
beliau lebih diperlukan diluar. tindakan boestamam membayar denda
dan tidak rela dipenjara membuatkan shamsiah fakeh kecewa
dan dikatakan itulah puncanya mereka bercerai.


pada sekitara tahun 1948 – apabila keadaan mula tegang
shamsiah dan ahli2 PKMM yg lain dicadang berundur ke kawasan2 kampung
untuk mengelak kan dari di tangkap oleh askar2 penjajah
dan dari sini lah shamsiah mula melibatkan diri dengan PKM
melalui kursus Kem Se-Malaya yg dianjurkan oleh PKM
(PKM = parti komunis malaya)
dan apabila berakhirnya Kem Se-Malaya –
shamsiah telah disahkan menjadi ahli PKM pada tahun 1948
dan pada ketika itu – PKM adalah masih lagi parti yg halal
seterusnya shamsiah berkahwin buat kali ke empat dengan Wahi Anuwar

selepas itu – apabila darurat di isytiharkan di tanah melayu
PKM di haram kan – maka shamsiah dan rakan yg lain
terpaksa berundur ke hutan di merata tanah melayu
bermula di hutan di negeri pahang
seterus beliau merantau sehingga ke utara tanah melayu
sebelum di hantar bertugas ke negara cina

pada Feb 1949 TPNM di tubuhkan
TPNM = Tentera Pembebasan Nasional Malaya
Iaitu pasukan bersenjata yg di pimpin oleh PKM melalui Markas Agung TNPNM
misi utama adalah menghapuskan penjajah british untuk mencapai kemerdekaan
dan beberapa bulan kemudian di tubuhkan pula Rejimen ke-10
Rejimen ni di ketuai oleh suami shamsiah sendiri
wahi anuwar dan shamsiah pun join lah rejimen ni

pada masa Rejimen ke-10 mengadakan perjalanan ke utara dari temerloh
untuk membuka penempatan – daerah bebas
pasukan mereka telah diserang oleh tentera penjajah british
kejadian ni berlaku di padang piul – thus dinamakan Peristiwa Padang Piul
masa ni shamsiah ada anak kecil – lelaki yg baru berusia sebulan setengah

bersalin dalam hutan nokkkkkkk!
yang jadi bidan – suami sheols lah…
nak harapkan siapa lagi kan???

wahi anuwar telah di tangkap dan dipenjarakan selama 10 tahun
dari tahun 1950 hingga 1960…
kisah ni pun shamsiah tahu setelah beliau balik ke Malaysia pada tahun 1994….
all this while – yang sheols tau – wahi anuwar menyerah diri
kepada tentera penjajah – which is something yg tak benar lah kan….

anak lelaki shamsiah ni – ada kontroversi ye pasal kisah ni
masa peristiwa padang piul ni… shamsiah terpisah dari suaminya –
dan beliau sesat buat kali ke dua dalam hutan di pahang tu

lama jugak lah sheols berjalan sesat larat gitu
anak sheols pun dah tak bermaya kekdahnya
maklum le…. masih baby lagi masa tu

finally sheols bertembung dengan dua orang lelaki cina
yg merupakan ahli jawatankuasa PKM yg dalam perjalanan
ke khemas shamsiah dan suaminya itu…
depa tak tau kata khemah tu dah kena serang

so selamat lah shamsiah dan anaknya tu…
semasa kat khemah jawatankuasa cawangan kawasan tu
depa bagitaulah kat shamsiah yg amat tak selamat lah
kalo sheols nak bela anak sheols tu
dah le depa duduk dalam hutan dan selalu kena bergerak
kesana-sini – dan kadang-kala kena serang hendap pulak

dan mereka cadangkan supaya anak tu diserahkan kepada
satu keluarga cina yang nak balik ke negara cina
so bila keadaan dah selamat – boleh lah shamsiah carik balik anak sheols tu kat sana…

dan demi perjuangan menentang imperialis british
shamsiah pun bersetuju lah juga
walopon sheols rasa sedih sangat2 nak berpisah dengan anaknya itu
so anak sheols tu di bawa oleh tiga orang lelaki tersebut…

cerita sebenar tentang anak sheols itu hanya di ketahui
pada tahun 1952 – ketika beliau berkerja di bahagian akhbar di negeri perak
dan berjumpa dengan musa ahmad seorang anggota markas Rejimen ke-10

musa ahamad beritahu bahawa yang sebenarnya
anak shamsiah itu telah di bunuh oleh tiga orang ahli jawatankuasa cawangan tersebut
dan kata musa lagi – mengikut displin parti sepatutnya si pembunuh kena di hukum mati
tapi disebabkan pembunuhan itu dilakukan oleh tiga orang
maka tak patutlah di hukum mati ketiga-tiga orang itu
mereka itu adalah tenaga revolusi – sedangkan anak kecil
yang mati itu belum pun ada jasanya kepada revolusi

menurut pendapat parti juga – jika dihukum seorang saja
amat tidak adil – dan jika dihukum ketiga-tiganya pula
baru lah sepadan dengan kesnya
oleh itu pihak pkm memutuskan untuk tidak akan
mengambil tindakan menghukum mati – hanya memberi peluang
untuk ketiga-tiganya menebus dosa dengan melalui kerja2 revolusi

dan musa ahmad bertanya kepada shamsiah pendapatnya tentang keputusan parti –
disebabkan beliau masih setia kepada parti dan revolusi
maka beliau menerima keputusan itu dengan tenang

itu lah peristiwa sebenar yg berlaku – pada ketika itu
iols tulis camni – sebab – penah ada kenyataan dari musa ahmad
(bekas pengerusi PKM) ketika di wawancara oleh stesen tv di malaysia
yang amat berlainan sekali dengan kejadian sebenar

nak tau sila gugel ye…
sebab ada dua-tiga kisah yang berlainan pasal kes ni…
tu yang kemudiannya – setelah kembali ke malaysia
shamsiah fakeh mengeluarkan kenyataan rasmi
menerusi memoir ini – tentang kejadian itu

ketika di Benta – Pahang, sekali lagi shamsiah sesat
buat kali ke 3 ye… maklum le.. hutan banat kan???
payah le nak cam jalan bila keadaan kelam-kabut hura-hara tu….

perihal sesat ni – masa ni khemah tempat shamsiah dah ahli2 yg lain
telah diserang oleh pasukan tentera british
serangan di pagi hari – shamsiah sempat melarikan diri
dengan memanjat tebing sungai sambil memegang akar kayu…

dan kali ni – sesat dalam tempoh yg agak panjang
lima hari lima malam – mencari jalan untuk menyelamat kan diri dari tentera penjajah
dengan bekalan makanan hanya setin kecil oats…
air minuman pula hanya dari sungai yg sheols jumpa atau pun air hujan

perghhhhh!~ seksa hoccay duduk dalam hutan ni
dah le jenuh nak lari selamatkan diri
ngan makanan pun ala kadar apa yg ada
dan kalo sesat – mau tak jumpa jalan pulang :nangis:

setelah itu shamsiah di hantar bertugas ke negeri perak
untuk menerbitkan akhbar Pencinta Tanah Air
yang diterbit sebulan sekali dan mengandungi berita serangan
dan pertempuran TPNM di serata tempat
di sini beliau bekerja bersama2 dengan Rashid Maidin

sempat tinggal di negeri Perak selama setahun saja
kemudian beliau bergerak ke utara – sempadan Malaysia-Thailand
bersama2 dengan Rashid Maidin dan juga pasukan induk Rejimen ke-10
sepanjang perjalanan mereka kerap diserang musuh
tapi selamat juga mereka tiba ke sempadan Malaysia-Thailand

pada 1 Jun 1956 – shamsiah bernikah pula dengan Ibrahim Mohamad
dan ini merupakan perkahwian beliau yang terakhir
dan kekal sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2008
Al-Fatihah….

kemudian beliau dan suami berserta Mat Amin
dihantar ke negara Cina untuk belajar tentang parti
bertujuan untuk meningkatkan taraf ideology dan teori bagi tempoh jangka panjang

lama jugak shamsiah dinegara Cina
sehingga medapat tiga orang anak lelaki
Shamsuddin – Kamaruddin – Jamaluddin

beliau dan suami juga bertugas di Radio Beijing Siaran Antarabangsa
di bahagian siaran bahasa melayu
mamun secara tiba2 pada Mac 1963 –  perkhidmatan mereka diberhentikan

sepanjang mereka tinggal di Cina
banyak jugaklah konferensi yg depa hadiri
antaranya di Vietnam dan Indonesia

disebabkan pergolakan dalam parti PKM
dan sekitar tahun 70an – mereka berdua dipecat keanggotaan parti
dan juga di tuduh sebagai pengkhianat parti

bekerja di kilang ball bearing selepas itu untuk menampung kehidupan
walaupun – mereka bukan warganegara cina – mereka dilayan dengan baik
dua anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti
dan juga boleh berkahwin dengan gadis cina tanpa perlu menukarkan status warganegara

permohonan untuk pulang ke tanah air bermula dari tahun 1985
proses yang panjang dan melenguhkan selama 10 tahun
dan akhirnya – pada 12 julai 1994
baru lah beliau dan keluarga dapat pulang ke Malaysia…

seperti yg iols dah type kat atas nun
shamsiah fakeh telah meninggal dunia pada 20 Oktober 2008
Al-Fatihah buat arwah…

tamat kisah ni ye - maaf juga… entry panjang berjela
dah rasa macam nak ambik periksa SPM paper sejarah plak
ekekekeke

salam and adios
muahhhhhhhhhh n muahhhhhhhhh!~

 

Comments

  1. Perjuangan seorg wanita gigih namun sayangnya pengakhiran hidupnya begitu saja...

    ReplyDelete
  2. niena : thanks my dear!



    kakzakie : sebab penah dilabel kan pengganas...

    ReplyDelete
  3. panjang gile sejarah idop die.. semoge arwah ditempatkan bersama dgn org yang beriman.. aminn..

    ReplyDelete
  4. sokong ngan kak zakie........


    cayang ko tak ngantuk ke?, akak kenyanglah, sampai ngantuk.cam nak gi library esok, jeles ngan ko........

    ReplyDelete
  5. wou, sgt2 menarik!

    kawin 5 kali?!!

    cerita ni rasa cam di alam teater Natrah lak...tpi perjuangan berbeza lah...

    ReplyDelete
  6. lahir kat kuala pilah yeh

    baru je kita poi sana..

    orgnya gigih tapi salah
    masuk parti pulak...

    ReplyDelete
  7. eda_ej : amin ya Rabbal Alamin.



    kak ina : ngantuk gak.. tapi tengah sakit hati ngan tenet ni.. terus terlupa nak ngantuk!
    ekekekeke

    gi library mana kak??? iols akan gi gak - tapi bukan esok - 26 november nanti!
    ekekekeke

    ReplyDelete
  8. maya : yes - she was... tho kalo baca buku tu - akan faham kenapa komunis ni dibenci oleh penjajah dan juga kerajaan...


    mama noriz : memang menarik sangat2...
    yep - sheols kawen lima kali... tapi yg pertama tu - sheols terpaksa kawen sebab ikut cakap ayahnya... perkahwinan yg di atur...
    same as second marriage - tho tak di atur - tapi ayah sheols dah setuju - so sheols kawen....

    ReplyDelete
  9. ati : iols dah baca entry uols beraya kat sana tu...
    meriah beb!

    tu lah - but sheols ada alasan sheols tersendiri... kenapa sheols join PKM...

    ReplyDelete
  10. kalo papa mifz baco buku2 mcm nih sure terlolap...hehe

    ReplyDelete
  11. org yg rajin membaca ni pemikiran dia satu tahap lagi tinggi dari org yg tak suka membaca :)

    ReplyDelete
  12. teringin jugak nak baca kisah nya..kisah pejuang kemerdekaan yang berbeza haluan

    ReplyDelete
  13. waaa rajinnye u ols bace buku genre yg macam ni..jarang org suke jenis penulis mcm nih.hu3

    ReplyDelete
  14. sentiasa suka membaca sinosip novel yang iols syer...

    sebab jelas dan terang..
    thanks sahabat

    ReplyDelete
  15. Ada x wanita skrg yg mcm shamsiah fakeh ni?kak miloais kot...gigih membaca dan mengarang balik kat blog utk weols,hehe...

    ReplyDelete
  16. owhh cmni kisah shamsiah fakeh ni ye kak?? bukan dia pilih utk join PKM eh? tp ade sebab2 yg die sendiri takleh nak elak ye? ending die nak balik malaysia smpai kna tggu 10 tahun?? perhh lama gila!



    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  17. aku penah dengar jerk..tapi bila ko buat sinopsis ni kira aku dah baca...kihkih.

    ReplyDelete
  18. papa mifz : kalo best konpem tak terlelap kan???? hik hik hik



    mekchu : gitu eh??? kena carik buku tebal2 lepas ni – dgn harapan iols plak bleh tinggi!
    ekekekeke
    gurau aje ye mekchu! ;p

    ReplyDelete
  19. tihara : boleh aje – cuba carik buku musa ahmad – mesti ada kat pasaran
    my abah ada buku musa ahmad tu – iols baca lama dah dulu…..


    aleen : boleh lah jugak – lately suka baca kisah yg benar2 belaka… hiks
    tho sekali-sekala ada gak baca yg fiction tu…

    ReplyDelete
  20. nizi : memang menarik banget! cuba lah baca…. synopsis yg iols buat tu tak berapa menyeluruh pun…


    ayu : thanks ye ayu – sudi baca – panjang berjela2 jadiknya….

    ReplyDelete
  21. niena : morning my dear!


    ayen : iols tak masuk senarai beb…. dah le blog kekadang entry merapu aje!
    keh keh keh

    ReplyDelete
  22. anamizu : sheols masuk pkmm dulu – then masuk pkm secara tak langsung….
    sheols suka dengan ideology pkm ketika itew!


    lieyna : hang memang kan??? ekekekeke
    nanti before this weekend – insyaallah…
    iols buat lagi satu entry pasal buku ye….

    ReplyDelete
  23. takde cerita lanjut pasal anak2 dia ke?

    ReplyDelete
  24. kalo milo tak review, akak tahu setakat nama je Shamsiah Fakeh, and ingat dia ni seorang komunis.. padahal perjuanganya menentang british..

    ReplyDelete
  25. wahida : yang pertama hingga ke empat tak kekal - nak buat camne kan??? ;P



    anaa : itu beza perjuang depa dulu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts