Jom Membaca – Di Hadapan Pulau


salam uols…

jom baca synopsis buku yg iols baru semalam habis baca
cerita yg menarik – nipis aje bukunya
tu pasal cepat aje iols khatam
ekekekekeke


 
 
Di Hadapan Pulau – karya sasterawan negara A. Samad Said
berkisar pada tahun 1940an – ketika perang dunia ke dua
tho hanya kisah fictional sahaja – namum garapan yg indah dari beliau
buku ini mampu meninggalkan kesan kepada pembaca

*pesal ayat iols cam buat ulasan kat surat khabor aje nih!*
hak hak hak

watak2 yang hadir dalam novel ini
Aziz – 13 tahun – yang baru kehilangan ayah –
ibu dan ayahnya telah bercerai
dan ibunya menhilang entah kemana
dikhabarkan Aziz mempunyai seorang adik
namum Aziz sendiri tak penah ketemu

Afidah – muda sedikit dari aziz – dan berkawan baik
kedua ibu-bapanya juga telah bercerai
juga menghilangkan diri dari kampung itu

Tuk Marzuki – atuk Afidah… menjaga afidah setelah
kedua orang tua afidah bercerai

Joyah – makcik yang menjaga Aziz
telah berkahwin dengan Budin seorang kaki mabuk
dan suka mendera isteri beliau

Syed Fikri atau Pak Syeikh – berasal dari tanah arab dan
pada zaman mudahnya menjadi penjual batu akik dan minyak atar
mengajar Aziz bercucuk tanam

Mak ketong – makcik yang menjaga Afidah kemudiannya
mempunyai dua orang cucu lelaki yg cacat
Hamid @ mid – mempunyai masalah kepala yang besar
Oden – selalu sahaja sakit2 – tapi tak tau apa sebenar sakitnya
Mokmeng – monyet belaan Mak Ketong

watak2 lain yg juga memunculkan diri dalam novel ini
Lazim, Razip, Basir, Masinah – kawan2 Aziz dan Afidah
Raihan, Zubir, Dorani, Kapten Hebat @ Mahmud, Wan Rohani, Rosiah,
Taksiah, Rafeah – askar2 Australia dan kemudiannya askar2 Jepun

kisah bermula dengan aziz yang termenung di tepi pantai
melihat ombak dan pulau yg indah dihadapanya…
fkiran jauh melayang – hati pilu merindui arwah ayahnya…
beliau sayu mengenangkan nasib diri yatim piatu
sudah lah tu – menumpang pula dirumah mak joyah
Mak Joyah pula bukan orang senang
susah juga hidupnya – nak pula terpaksa menanggung
suami yg pemalas – hanya tau mabuk dan pukul bini!

di seberang laut – terdapat sebuah pulau
berbagai2 cerita tentang pulau tersebut
yg menjadi cita2 aziz untuk menjejakkan kakinya di sana
ada yg kata – pulau tu ada penunggu… petapa
ada pula kata – di pulau tu ada jakun
namun Aziz tak peduli apa pun yang ada disana
ca2 tetap juga tersimpan kemas – pulau itu mesti dijejakinya
Tuk Marzuki pernah berjanji – untuk membawa Aziz ke pulau itu nanti…

rata2 penduduk kampung itu miskin belaka
ada beberapa anak mudah yang telah meninggalkan
kampung tersebut untuk mencari kehidupan baru…
Rahim ke jepun, Ridwan ke san francisco…

bila perang meletus – askar2 australia yg berkubu di kampung itu
telah berundur dan askar jepun pula memerintah di situ
bermula episode kejam dan tragis dalam kampung

setiap malam – ada saja bunyi siren menggangu tidur
berlari2 lah penduduk kampung menyelamatkan diri
menjadi penghuni shelter yang dibina selama beberap jam

paling kesian Mak Ketong – dengan cucu2 yang sakt
mana larat juga nak membawa diri yg uzur
mujur ada penduduk kampung yang sangat2 prihatin…

nasib malang menimpa Afidah – bila atuknya terkorban
ketika bom di jatuhkan – ketika itu…. Atuknya ke pekan
shelter tempat Tuk Marzuki berlindung terkena bom
setelah siren menandakan keadaan selamat berbunyi….
Afidah mencari atuknya ditemani Aziz….
bertemu jua akhirnya – tapi hanya seketika…
takdir Tuhan – tak siapa mampu menhalang…
akhirnya Tuk Marzuki meninggal dunia…

Afidah hilang tempat bergantung – dimana hala hendak di tuju
Mak Ketong yang prihatin membela Afidah kemudiannya…
tapi – adat menumpang faham2 sajalah…
tuan rumah juga laih dan daif… makan sajalah apa yg ada…
kadang kala kelaparan juga Afidah…. bila tiada juadah di rumah

Mak Ketong dah pesan pada Aziz dan Afidah
kena pandai carik makanan sendiri…
nak pulak di saat perang ni – makanan amat susah nak dapat
banyak kedai dah tutup berniaga…
tuan kedai tak tahu hilang kemana
balik negeri asal kah??? telah di bunuh kah???

disebabkan masalah kekurangan makanan yg meruncing
maka kecurian selalu terjadi – bukan hanya mencuri barang makanan ye
mokmeng juga hampir2 di curi orang
tak pasti pula untuk di jual atau dijadikan juadah perut….

Aziz dan Afidah – mencari kerja di pekan kecil
mereka mendapat upah sebagai tukang beli todi
bila perang – macam2 perangai manusia yang timbul
kalo dulu todi sinonim dengan bangsa india
di saat perang itu – melayu – cina sama sahaja…
jadik peminum untuk melupakan persekitaran
kesedihan – seksaan – kekecewaan akibat perang
bagi Aziz dan Afidah - apa pun jua keadaannya...
kadangkala dapat juga hasil duit upah untuk di bawa pulang

kemuncak bila ramai penduduk kampung ditangkap jepun
ada yang dilepas setelah beberapa jam
ada pula yang tak pulang2…

baik lelaki mahu pun perempuan
yang tua muda – di angkut dengan trak ntah kemana
gempar penduduk kampung yang tak ditangkap
sedih mana2 yang terpisah ayah dan emak
abang – kakak – adik – cucu dan sebagainya…

anak2 dara ada yang di tahan berhari2 di kem jepun
bila pulang – masing2 membisu seribu kata
tak diceritakan apa yang terjadi di sana
namun – semua pun tahu apa jadiknya kan???
ganas si pendek bermata sepet sapa yang tak tau
nasib yang sama menimpa Taksiah – Rosiah – Wan Rohani
‘disimpan’ jepun beberapa hari lamanya

Mak Ketong mengajak Aziz dan Afidah ikut berpindah
meninggalkan kampung – mencari kehidupan di tempat lain
mana lagi tempat nak dituju… kalau dimana2 perang meletus
cadangan Mak Ketong – berpindah ke pulau itu…
mungkin di situ nanti – hidup tidak sesusah sekarang

hoccay ye… cerita tu tamat di situ ye
even kat buku pun tamat kat situ juga

iols heran jugak ni – ntah kenapa – gaya bahasa jadik lain
emmmm…. rasa sengal plak jadiknya
hak hak hak

apa2 pun – semoga uols enjoy baca ye…

salam and adios
muahhhhhhhh n muahhhhhhhh!~


Comments

  1. kak..
    rajinnya
    kalu cheqna malas...hehehe
    novel rajin =)

    ReplyDelete
  2. abah ingat iols baca buku dkt pulau tadi..ehhehe

    ReplyDelete
  3. ramai watak2 dlm buku ni..mesti best ni :)

    ReplyDelete
  4. Rajinnya iols, byk mmbaca byk pengetahuannya

    ReplyDelete
  5. sy xpernah baca lg akak..rajin tul akak nie..tq share...

    ReplyDelete
  6. izan tak pernah berhenti kagum dgn akak!

    ReplyDelete
  7. cheqna : tak lah rajin mana - tapi iols memang suka membaca ni....




    abah khalisha : best jugak membaca kat pulau - bertemankan angin sepoi2 bahasa... eheheheheh

    ReplyDelete
  8. tihara : memang best - cerita masyarakat kampung... konflik dalam diri anak2 yg kehilangan ayah dan mak...



    aju : rajin sikit aje... ekekekekee

    ReplyDelete
  9. fatiema : welcome my dear.... :D



    izan : ala... akak baca sikit aje beb.... tak perlu nak kagum bagai ni... *malu hoccay!*

    ReplyDelete
  10. kak suuuuu....rindu kat blog akak ni..

    kita busy le kak...

    ReplyDelete
  11. mak aiii...byknya watak dlm citer ni...hehe...

    ReplyDelete
  12. kenapa berhenti kat situ....cer bagi happy ending kerr...

    saya enjoy baca sinopsisi nih!!..

    ReplyDelete
  13. seronotnyer ada masa nk membaca novel bagai.... bilalah akan ku dapat masa ronggeng macam tu.... hehehehe

    ReplyDelete
  14. tak suka kalau ending cerita tergantung, tension...

    ReplyDelete
  15. mak ai, rajinnya buat sinopsis yang panjang lebar! larikkkkkkkkkkkkkkkk :P

    ReplyDelete
  16. secara personal sy mmg sedari dulu kagum dgn uols yg rajin membaca dan selalu share sinopsis buku2 tersebut.

    citer kali ni mmg byk wataknya..
    mm.. bagus ingatan uols.. =}

    ReplyDelete
  17. kebanyakan cerita a.samad berkisar kehidupan era peperangankan...kesusahan nak dapat kerja,nak cari makanan..menyebabkan berlakukan macam2masalah sosial...

    ReplyDelete
  18. mesti milo ni banyak benor
    ilmukan..

    kita ni pemalas betui nk baca
    buku ...hihi

    ReplyDelete
  19. Seingat akak, teks ni ialah teks komsas zon selatan kot, akak ingat2 lupa dah lama x kaji novel ni, tapi yg pasti akak pernah kaji x ingat sama ada di U, atau sbg teks komsas, tp idea A Samad Said memang bagus punya..

    ReplyDelete
  20. BUI DH LAMA TAK MEMBACA..ASYIK DGN DRAMA KOREA JER..HUHU

    ReplyDelete
  21. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  22. Cite sedih ke ni kak?xleh bacelaa ayen sbb ayen ni sensitip ckit kang x psl2 nangis plk,kuang3......hahahaha.

    ReplyDelete
  23. putu : yep.. sama jugak kat sini – bz semedang aje… :d



    wahida : memang banyak – tapi best baca!

    ReplyDelete
  24. lieyna : kenapa cerita tu stop kat situ aje – kena lah tanya penulis ye….
    ekekekekke



    ayushida : iols baca bila ada masa lapang aje beb… kekadang tu sibuk sangat – dua-tiga hari gak tak membaca! :P

    ReplyDelete
  25. sudipVSsenduk : kena lah buat konklusi sendiri kekdahnya…. heheheheh



    DZ : amboiiii….!~ nak larik plak ye…. hak hak hak

    ReplyDelete
  26. fatin : adehhhhhhh….!~ malu lah iols…. ;-)



    suri : ha’ah – mostly cerita berkisar semasa zaman perang dulu…. sokmonya konflik masyarakat – kisah keluarga…. tu yg best baca tu!

    ReplyDelete
  27. ati : banyak ilmu??? tak de lah beb… masih lagi dalam proses pembelajaran – mencari ilmu….



    aimaniman : ohhh… penah ye jadik buku teks??? iols tak tau le plak… maklum le… dah lama meninggalkan bangku persekolahan… hik hik hik

    ReplyDelete
  28. bui : iols mebaca jugak – drama korea pun layan juga… ekekekekek



    emmet : thanks emmet :-)

    ReplyDelete
  29. ayen : pe plak cerita sedihnya…. ni citer hip-hop beb! ekekekeke….
    ada lah jugak part sedih tu… esp masa afidah kehilangan atuknya t7u…
    amboi hangggg….!~ iols baca pun tak de sampai nangis…
    ni kalo gi tengok ombakrindu – harus hang nangis guling2 atas lantai kot!
    hahahahahah

    ReplyDelete
  30. Salam,
    Osh, dah lama sangat tak baca nobel ... Tak tahu perkembangan nobel2 baru sekarang ini

    ReplyDelete
  31. suka :)sb A.Samad Said tp x beli pun karya dia..huhuhu

    ReplyDelete
  32. Milo bayangkan kalau kejadian seumpama itu berlaku dalam hidup kita sekarang. Nak lari kemana lagi semua dah dibangunkan. Anak-anak kita pandai tak cari makan macam Afida dan Aziz tu kalau kita kena tangkap. Jual todi lagi huhu....

    ReplyDelete
  33. banyak baca luas ilmu di dada...

    ReplyDelete
  34. beb lu memang kelass.. :)

    sampai noktah terakhir tu iols baca... banyak btol watak2..

    so tak tahu le ye depa ni berjaya ke tak gi ke pulau tu..? hmmm..

    ReplyDelete
  35. cover dia....

    tak pelah... tak nak komen...

    hehe

    ReplyDelete
  36. lf : salam… novel2 melayu sekarang iols pun tak baca – aahahahaha


    aiza : terima kasih beb! :D

    ReplyDelete
  37. alin : iols pun tak de sangat beli novel2 bahasa melayu ni… :D


    kakzakie : iols imajin lah – memang kacau bilau… dah tak de rasanya tempat yg selamat…. as for the kids – hard for them to survive – sebab budak2 sekarang ni – dah terlalu biasa dengan kemudahan dan kesenangan…. semua dah ada depan mata….

    ReplyDelete
  38. qhaifa : betul tu nokkk!



    anaa : agak2 kelas ke berapa tu??? hak hak hak
    konklusi sendiri kekdahnya…. uols agak2 berjaya tak???

    ReplyDelete
  39. gedek : ala….. komen aje lah beb… malu plak dahhhhhhhh!~ hik hik hik

    ReplyDelete
  40. A.Samad Said teruja jap, akak suka baca buku dia. bila ni akak nak gi library, jeles tau ngan ko, ada masa gi library.

    ReplyDelete
  41. kak ina : memang teruja sangat2 baca buku/novel beliau..... tak seperti novel2 penuli sekarang - banyak hanyut bab cinta merepek jahhhh!~ hiks

    kak - kena jugak carik masa tu - selalin utk anak2 iols - juga untuk iols.... terapi minda tu! ehehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts