Angiogram 9th June 2015


salam uols




not much to update
hanya kesibukan dengan keja aje
nak plak skang ni ada 3 projek on-going
tho tak besar mana – kesibukan tetap juga ye

my part??? – not that big
just about documents and documentation
tapi memeningkan kepala since we have just launch
new numbering system and new filing system

ni lah yg selama hari ni iols dok buat tu
not that here they don’t have the numbering and filing system
it just their old system isn’t working anymore
sebab dan caca-marba bak bubur caca
and ada documents yang depa terima
tapi tak tau kat mana original documents tu
kira2nya ilang di bawa angin lalu gitu

best kan???? Dokumen bleh ilang
tak tau ntah kat mana letaknya
ikut suka sapa nak simpan katanya

ekceli by end of april should be siap semua lah
termasuk new numbering structure
tapi ada masalah plak ngan engineering division
depa tak mau new system and new numbering
jenuh plak meeting berkali2 – sampai gmp kena guna kuasa veto
bleh ni – gme bertekak dengan md sebab degil
tak tau nak cakap apa lah kan….

lastnya – end of may baru start semuanya
delay by 1 month
ehhh… not because kelewatan iols
sebab kedegilan orang2 kat division nun
nak buat guana lah kan??

that’s about work….
now let’s talk about other things

last two weeks – on the 9th june
i did the angiogram – coronary angiography

apakah itu?? jom baca skit ye
iols mintak pokcik gugel carikan…
panjang – but worth reading
let’s


Baiki arteri koronari

DALAM artikel lalu, saya membincangkan ujian yang boleh dijalankan untuk mengesan penyakit arteri koronari. Ujian yang ‘ultimate’ atau dianggap sebagai ‘gold standard’ adalah koronari angiogram.

Inilah ujian yang dapat mengesan penyakit koronari dengan tepat dan juga rawatan iaitu angioplasti (membaiki salur darah koronari yang sempit) menggunakan belon dan stent boleh dijalankan serentak di dalam prosedur sama.

Koronari angiogram dan angioplasti bukan pembedahan jantung tetapi prosedur evasif yang berisiko rendah. Jadi, ujian terbaik untuk mengesan penyakit arteri koronari ialah koronari angiogram dan saya cuba menerangkan lagi mengenai prosedur ini di dalam format soal jawab di bawah. Sebarang kemusykilan boleh kirim e-mel terus kepada saya di zulcardio@gmail.com


Apakah itu koronari angiogram?

Ini adalah ujian X-ray salur darah koronari untuk mengesan kesempitan atau penyakit ‘plaque’ di dalam salur darah koronari.


Bagaimana ia dijalankan?

Satu tiub kecil dimasukkan melalui salur darah arteri di tangan atau di paha ke jantung. Melalui tiub ini, cecair pewarna (dye) akan disuntik ke dalam salur darah koronari. Salur darah yang sempit akan kelihatan dengan jelas pada imej yang diambil menerusi X-ray.


Apakah wujud sebarang risiko prosedur ini?

Secara amnya, prosedur ini adalah selamat. Risiko yang jarang berlaku termasuk:

1. Pendarahan atau lebam pada tangan atau paha di mana tiub kecil dimasukkan.

2. Alahan pada ‘dye’ atau cecair pewarna. Jika anda mempunyai alahan, doktor akan memberi ubat steroid untuk mencegah sebarang reaksi alahan terhadap ‘dye’ ketika angiogram.

3. Risiko serius seperti serangan jantung, strok atau kematian tetap wujud tetapi jarang iaitu pada kekerapan kira-kira 0.1 peratus.

Jadi, prosedur ini boleh dikatakan selamat kerana risiko komplikasi daripada ujian ini jarang berlaku.


Berapakah salur darah koronari di jantung?

Setiap manusia mempunyai tiga salur darah koronari yang utama. Dua di sebelah kiri dan satu di sebelah kanan. Dua salur darah koronari di sebelah kiri berpunca daripada satu salur darah utama yang dinamakan ‘left main stem’ atau salur darah pangkal utama.


Apakah itu angioplasti?

Angioplasti ialah prosedur untuk membuka salur darah yang sempit. Ini dilakukan menggunakan belon yang dimasukkan melalui salur darah di tangan atau di paha sama seperti prosedur angiogram. Kerap kali, prosedur angiogram dan angioplasti dilakukan dalam masa sama. Selepas menggunakan belon untuk membuka salur darah yang sempit, biasanya satu alat dinamakan ‘stent’ akan dimasukkan supaya dapat menghalang salur darah itu menyempit semula.


Berapa jenis ‘stent’ yang wujud sekarang?

Secara am, ada dua jenis stent pada masa ini. ‘Stent’ yang disaluti ubat (‘drug eluting stent’) dan ‘stent’ yang tiada ubat (‘bare metal stent’). Doktor akan memutuskan ‘stent’ jenis mana yang sesuai untuk setiap pesakit bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz salur darah, panjang ‘plaque’ di dalam salur darah dan sama ada pesakit mempunyai penyakit kencing manis.


Bolehkah ‘stent’ itu menjadi sempit pada masa akan datang?

Risiko untuk ‘stent’ menjadi sempit memang ada. ‘Drug eluting stent’ mempunyai risiko sempit yang lebih rendah daripada ‘bare metal stent’. Namun demikian, banyak faktor lain seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi yang tidak dikawal dan merokok boleh menyumbang kepada masalah kesempitan ‘stent’.


Bagaimana pula dengan pembedahan pintasan jantung atau ‘bypass surgery’?

Selepas ujian angiogram, kita akan tahu sejauh mana tahap penyakit salur darah koronari setiap pesakit itu. Secara amnya, jika ketiga-tiga salur darah koronari mempunyai ‘plaque’ yang signifikan, biasanya pembedahan pintasan jantung adalah opsyen terbaik.


Bolehkah saya menjalani kehidupan seperti biasa selepas prosedur angiogram dan angioplasti?

Ya, jika salur darah koronari yang sempit sudah dirawat, setiap pesakit itu sepatutnya boleh kembali kepada kehidupan normal. Tiada pantang makanan yang spesifik diperlukan kecuali kurangkan gula, garam dan lemak perlu diamalkan oleh semua individu dan bukan pesakit arteri koronari saja.

-END-

iols dah khabo – panjang berjela
tapi ilmu yang bagus ye
tak bermakna kita kat hidapi – tak kena
tak payah ambik tau
apa2 jua ilmu – patut kita ambik tau
kalo kita tak kena – mana tau kot2 ada sedara-mara yg kena kan???
not that kita mendoakan…
just hanya  beringat saja

so far – after the angio – ok lah
rasa perit pedih tu still ada – mild ones
tapi kebas kat tangan after two weeks dah makin berkurang
tho i feel that my right arm
tend to become tired easily
before this tak plak

may be sebab masa angio dulu – guna tangan kanan utk insert the wire
tapi tak kan sampai la ni kesan nya kan???
next appointment lah tengok camne
but – main concern – jantung tu…
alhamdulillah… ok lah….

ok lah… iols stop dulu ye
ni kat opis – jap lagi ada weekly meeting

salam and adios
muahhhhhhhhhhhh n muahhhhhhhhhhh!~



well you only need the light when it’s burning low
only miss the sun when it starts to snow
only know you love her when you let her go

only know you’ve been high when you feeling low
only hate the road when you missing home
only know you love her when you let her go
and you let her go

let her go – passenger



Comments

Popular Posts