Kegelisahan DiDalam Kedinginan
pagi jumaat yang dingin
hingga menyucuk-nyucuk ke tulang sum-sum
tu pasal tajuk entry…. sejuk dan syahdu ye
hiks
dari petang semalam kan hujan
sampai ke pagi ni… masih rintik2 gitu
terasa cam di bulan duabelas
mengharungi musim tengkujuh kekdahnya
sejuk dingin nyaman sekali
hik hik hik
pagi2 lagi.,.. my opismate dah tanya pasal Interlok
adehhhh!~ uols pun nak kecoh gak ker???
eheheheh
iols ada gak baca kat paper… kat tenet pasal ni
kata depa yg bising dan terkinja2 tu….
novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain ni
tak sesuai untuk diangkat menjadi buku teks budak sekolah
iols dah baca novel tu… tiga empat bulan yang lepas
bukan edisi pelajar hoccay!
iols pinjam kat Perpustakaan Negara
[iols orang semekin nok... tak cukup duit nak beli novel2
kat malaya neh... mahal sesangat kekdahnya!
hak hak hak]
apa yg iols bleh katakan… novel tu best banget hoccay
tersentak di hati – menyedarkan diri
betapa pentingnya hidup dalam suasana yang aman damai
dan kita harus terus menjaga kedamaian ini
betapa pentingnya perpaduan kaum antara kita
betapa kita sebenarnya memerlukan antara satu sama lain
regardless you races or your religion or your faith
cehhhh…. ! tetiba rasa cam berpidato masa kat sekolah dulu plak!
ahaksssssssss!~
iols tak paham – kenapa ada kata buku tu menghina melayu?
menghina kaum india??? kaum cina????
jangan le sensitip tak tentu hala wehhhhh!~
baca buku tu dengan minda yg terbuka ye
baru paham ada kesahnya… apa maksud yg nak disampaikan
bagi iols… kalo takat perkataan melayu bodoh – melayu pemalas
dan jugak perkataan paria di tulis few times dalam novel tu
nak bising kenapa? novel tu kan mengisahkan perpaduan kaum
menarik banget novel tu…
dan bagi iols… apa yang ditulis oleh penulis tersebut
berdasarkan pengamatan beliau sendiri
bukan cerita rekaan – khayalan minda yang jumud
face the facts lahhhh!
memang ada orang melayu yg malas dan bodoh
memang ada orang india yg suka minum todi
memang ada orang cina yg suka berjudi
kesian kat penulis novel tersebut
novel yang dah bertahun2 hayatnya wujud di persada penulisan
di kritik sebegitu rupa
kecil sungguh radius jangkauan minda pengkritik itu
agak2 le… timbalan menteri tu baca ke novel ni???
ke… takat terima aduan ‘orang ramai’
terus ambik tindakan melulu tanpa usul periksa???
elok jugak ye… orang2 yang mengkritik tu
dan pihak yang keluarkan arahan menarik balik novel Interlok
masuk balik belajar di tingkatan 5 dan ambik periksa SPM
baru agaknya boleh paham apa yang tersirat
dalam novel Interlok tu!
shallow minded people!
dah lah… iols nak gi sambung
baca novel yang tak habis lagi ni
now… sedang baca kumpulan cerpen
oleh mana sikana – fakurdabakia
mari ramai2 membaca
membaca membuka minda ye uols
jangan jadik katak bawah tempurung
sekali kena tegur dan sekali di cuit
melatah tak hengat sampai terlondeh kain!
salam and adios uols!
meniti sepi kesaaaaorangan... (i sambung lagu)
ReplyDeletenak tunggu sami mekong jadi bahan bacaan spm plak, baru gempak
uih ulat buku~~
ReplyDeletepinjam interlok boleh?
KOG : wahahaha iols suker novel tuh!
ReplyDeletepower ranges sungguh novel tu...
bujal : ulat??? tak berkenan sungguh iols
hahahaha
nak pinjam sila pegi Perpustakaan Negara ye... iols pun pinjam dari perpustakaan
hak hak hak
sorrylah,kalau terkasar bahasa, rakyat malaysia ni terkenal ngan sensitip tak bertempat dan mangamuk tak bertempat.
ReplyDeleteAkak kalau tengok cerita atau baca buku, suka cedok mana yang best , yang tak best akak tolak ketepi.Dorang terlampau patriotik tak bertempat, sampai sebesar hama pun dorang sanggup cari, nak jadikan isu.
Bodoh piang, banyak benda lain yang patut pikir tak nak pikir.
kak ina : iols setuju banget ngan komen kak ina tu...!
ReplyDeletenon-issue sebenarnya kalo mereka yg mengkritik dan meng'isu'kan pasal ini baca balik novel tu...!
bodoh piang bertingkat2 depa ni...
menunjukkan masih ramai lagi manusia yang sensitap tak tentu hala, suka meloncat2 untuk apa saja perkara tak kira kecik atau besau.... leceh rasanya, kan.....
ReplyDeletebersemangat betui milo..
ReplyDeleteyehh..boleh jadi wartawan gak ni..
kita ni malas skit nak baca novel tebal2...hehe
maksu : tu lah kan... ingat dah lama merdeka.. dan dah maju serta moden ni... pemikiran kita lebih terbuka... rupa2nya.. masih ada yg bak katak tido bawah tempurung!
ReplyDeletehak hak hak
kak ati : ehehehehe... skit aje lerrr.. hiks
ReplyDeleteiols minat banget bab2 membaca ni... even suratkhabar bungkus sayur... bungkus nasiklemak pun iols baca
hak hak hak
wartawan??? adehhhh!~ bahasa iols merapu meraban hoccay!
konpem tak layak
ekekekek