Sebab Saya Pandai.... Katanya

.





weekend yang sibuk jugak lah
buat aku sekeluarga

my abah tak berapa sihat
tho semalam dah balik ke kampong
Yang Teh & abah Yang datang ambik…
then…. next week datang balik
sebab ada appointment kat hospital tawakal

sempat lah aku melawat abah kat umah adik
tangan tu dah surut dah bengkaknya
hanya kat kaki jer lagi…
kekadang abah pakai wheel chair lah….
tak larat dah nak jalan kekdahnya…

dan tetap tak berselera nak makan
secoet jer yang abah suap ke mulut
makin kurus dah abah aku tu…

kesian kat abah
dah jenuh makan ubat…
satu tupper besor tu… penuh dah ngan ubat2
sekali makan… lima enam bijik nak kena telan…
alahai… harap aku… abah cepat sembuh lah…

since cuti panjang kan
bebudak sekolah banyak le keja sekolah yg cikgu bekalkan
termasuklah abang ajim
tadika pun… keja sekolah banyak tak hengat kekdahnya…

hari jumaat tu… bersungguh2 dia buat keja sekolah
ekceli… dari hari khamis malam tu dia buat dah
nak siapkan cepat2 katanya… nanti nak pegi umah paksu….

so hari jumaat tu… dia khabo keja sekolah semua dah siap
3 buah buku… with 4 to 5 pages for each book

tu dia… laju sungguh dia siapkan keja sekolah dia…

since nak pastikan depa buat keja sekolah
parents kena lah initial kat each page done

so aku mintak le buku latihan dia tu
sebab aku nak sign
bleh plak dia kata dah sign
pelik….. sebab aku tak sign apa pun
tanya ngan ayahnya… pun sama jugak

bila ayahnya check… tengok2 dia dah sign sendiri
amboiii! pandai plak tu… dok tiru initial aku!

habis semua page yg dia dah siap buat…
dia dok intial sendiri….
adehhhhhhhhhhh!

yang buat aku tak tahan nak gelak tu bukannya apa
bila tanya kenapa dia buat camtu
jawapan dia senang jer.... “sebab saya pandai”

hak hak hak
sabar jer lah….
kecik2 dah pandai tiru initial mama dia…
nak kena ajar sungguh abang ajim ni

bertuah sungguh budak sorang nih!

kena tazkirah kejap lah dia petang tu
ayahnya dok bebel kat dia
kata tak boleh buat camtu next time…
lepas jer siapkan keja sekolah
bagi samada kat aku atau ayahnya utk sign
not he himself yang sign

alahai anak ku...
nakal bukan main lagi dia....!!
abang ajim.... kat sekolah.....



Comments

Post a Comment

Popular Posts