Follow Your Heart...




semalam… aku dok browsing kat mstar… online newspaper..
terjumpa artikel dr kolum kakak tua…
suka plak… baca yang kakak tua tu tulis kat ruangan dia…
menarik kan isinya..
dan betul sesangat dah tu..

aku cut n paste jer lah
dan ada para & parts yg aku buang…sebab artikel tu di tulis
merujuk kepada kes si haleeda penyanyi / pleakon tu
tak berkaitan ngan aku pun kan si haleeda itewwww
hiks…

nak baca yg lelebih tu…klik
SINI ye…


kakak tua: lain diacah, lain yang jadi!

kalau belum cukup ilmu di dada, jangan cuba mengacau hak orang. walau setakat mengacah-ngacah saja itu pun sudah dikira salah. itu pesanan orang tua-tua.

baik lelaki atau perempuan, kita jangan sesekali cuba menceroboh hak atau privasi orang lain. kesannya akan kita tanggung sendiri satu hari nanti.

mungkin tidak semua orang berfikiran seperti kakak tua. tapi setelah melalui perjalanan yang penuh dengan onak duri, banyak pengalaman dan pesanan yang boleh dikongsi bersama terutama tentang mengawal naluri wanita yang kacau bilau.

isteri atau wanita sememangnya 'dianugerahkan' emosi yang terlebih dan obsesi yang melampau apabila hak kepunyaan mereka seperti suami 'dicerobohi'.

oleh sebab itu, kakak tua selalu titipkan pada anak-anak - jangan terlalu taksub menyayangi
sesiapa pun waima ibu, ayah, anak-anak, suami, isteri, kekasih atau kawan-kawan.

semuanya tidak kekal lama dan bersifat sementara. perasaan sayang, romantis atau asyik masyuk hanya satu fasa dalam hidup fana ini.

malu itu satu perhiasan wanita. tak elok sungguh, bila keterlanjuran bertindak seperti kaum adam, menjerit-jerit, memukul-mukul dan menyerang. seeloknya kita kembali kepada fitrah wanita - bersifat lembut dan memaafkan. akurlah yang lelaki itu lazimnya boleh mencintai dan berkahwin hingga empat wanita.

maka, perebutan untuk mendapatkan kasih sayang lelaki hingga berpukul-pukul hanya akan menjatuhkan martabat wanita. takkanlah pasal seorang lelaki, kita sanggup merendahkan harga diri kita sebagai wanita.

teringat sepotong pepatah inggeris, "pride goes before a fall". lagipun bila kita ikut rasa kita akan binasa, ikut kata hati...tanggunglah sendiri!

kakak tua: insaf setelah banyak belajar dari kesilapan...


err.. banyak yg aku nak bebelkan ni
pasal kisah ni lah
tapi… tetiba jer rasa cam letih dah
nak menulis pasal ni….

ye lah… ada gak artikel itu
yg terkait dengan kisah aku
walopon tak kesemua… sebaris dua.. ada jugak lah…

letihkan… melayan kerenah macam ni
kalo tak kerana sabar… tak kerana sayang
dan jugak tak di fikirkan anak2…
harus gak lah…. macam tu agaknya aku…

semalam gak.. dalam bz [konon!] tu…
sempat lagi aku melayan fesbuk
buat apa lagi lah… kuiz tu lah
ada gak yg sengal2 soalan dan jawapan nya

tapi… tetap gak lah.. ada yg layan
salah sorangnya… aku lah…
hahahahah

tapi… aku suka yg ni…



miloais telah menggunakan apakah warna
hari lahir anda?
warna hari lahir anda adalah oren.

sifat :
syabas! kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap
perbuatan yang kamu lakukan. baguslah macam tu. kata orang, berani buat
beranilah tanggung. kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling
kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. kamu punya matlamat
tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing
untuk berjaya. menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar
untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu
akan percayakan dia! begitu juga dalam perhubungan cinta. bagi kamu, saling
percaya itu amat penting!



hahahahah
ye… ada yg betulnya tu…
not that aku percaya 100% pun kan..
sekadar suka-suka jer..
hik hik hik


Comments

  1. miloais, baca tulisan kakak tua tu teringat ceramah pendek sarimah dlm cerita madu 3, hihi :)

    ReplyDelete
  2. mcm nenek kebayan kak su membebel

    ReplyDelete
  3. ya betul kak....sebab tue ku dah ckp ngan en. somi...nak kawin lagik kawin lerr..janji syarat ku terlaksana...ngeh ngeh ngeh...

    ReplyDelete
  4. kucing...

    hahahah....
    harus lah kan
    kalo 3 tu... lagi panjang bebelan kakak tua itewwww!

    hiks

    ReplyDelete
  5. azi....

    gitu lah kan
    di bagi kebenaran pun
    kekadang... makan hati gak kita ni

    kena banyak2 bersabar kekdahnya

    hiks

    ReplyDelete
  6. cerita pasal artis ye.
    panjangnya.

    ReplyDelete
  7. nizi...

    tak lah.... mana adeeeee!
    [style abang ajim bila menjawab]

    haahhaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts