Jiwa Nan Lara


pisau raut hilang di rimba
pakaian anak raja di juddah
karam di laut boleh ditimba
karam di hati bilakah sudah?

buah berangan masaknya merah
kelekati dalam perahu
luka di tangan nampak berdarah
luka di hati siapa tahu?





akar nibung meresap-resap
akar mati dalam perahu
terbakar kampung nampak berasap
terbakar hati siapa yang tahu?

seri mersing lagulah lama
lagu dikarang biduan dahulu
hatiku runsing gundah gulana
dimana tempat hendak mengadu?

banyaklah orang menanam pulut
saya seorang menanam padi
banyaklah orang karam di laut
saya seorang karam di hati

anak punai anak merbah
hinggap ditonggak mencari sarang
anak sungai lagikan berubah
inikan pula hati orang

cahaya bulan diliput awan
dipuput bayu awan berlalu
hasrat hatiku padamu tuan
malang diriku tuan tak tahu

dari arab turun ke aceh
naik ke jawa berkebun serai
apa diharap pada yang kasih
badan dan nyawa lagi bercerai

masuk hutan berburu musang
musang mati dijerat orang
macam mana hati tak bimbang
ayam di sangkar disambar helang

kusangka nanas di tengah padang
rupanya pandan yang berduri
kusangka panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengah hari

sakit menebang kayu berlubang
kayu hidup dimakan api
sakit menumpang kasih orang
daripada hidup baiklah mati

biji saga nampaklah merah
bawa segenggam pergi ke kota
hati kecewa amatlah parah
tidur bertilam si air mata

kayu cendana di atas batu
sudah diikat dibawa pulang
adat di dunia memang begitu
benda buruk tidak dipandang

hujan turun badan pun basah
patah galah haluan perahu
niat dihati tak mahu berpisah
kehendak Allah siapa yang tahu?




ps : pantun2 di korek dr tenet
tQ... pada mereka yg begitu puitis
menulis pantun lara sebegini indah
dan meruntun jiwa nan lara
hati yang pilu
lalu menitis lah
air mata sayu dan rindu.....


Comments

Popular Posts